Wednesday, 31 January 2018

PENGENALAN


PENGENALAN AKTIVITI GOTONG-ROYONG
         
              Gotong-royong sebagai aktiviti sosial yang terjadi dalam kehidupan masyarakat, terutama mereka yang membentuk komuniti, kerana semangat gotong-royong seperti ini akan terlihat dengan jelas dalam komuniti. Gotong-royong terjadi dalam beberapa aktiviti kehidupan, seperti gotong-royong dalam bentuk kerja bakti yang dilakukan untuk kepentingan bersama, gotong-royong dalam bentuk tolong menolong pada saat melakukan pesta pernikahan, mahupun aktiviti khatan. Bahkan gotong-royong boleh terjadi pada saat adanya musibah ataupun kematian salah seorang warga komuniti, hal ini tidak dapat disebut kepentingan bersama ataupun kepentingan peribadi tetapi nilai kemanusiaan yang muncul di antara warga masyarakat, kerana malang tidak berbau, sehingga warga yang mendapat musibah tersebut memerlukan bantuan dari warga lainnya. Aktiviti gotong royong ini sebenarnya dapat menjalinkan dan memperkukuhkan semangat kejiranan. Kehidupan masyarakat sekarang kebanyakannya bertunjangkan meterialistik dan individualistik sehingga tidak mempunyai masa untuk mengenali dan berbual-bual dengan jiran masing-masing. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran-jiran tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama akan bersama-sama menjalankan aktiviti yang sama

DEFINISI


           Gotong royong dapat diertikan sebagai sesuatu sikap ataupun kegiatan yang dilakukan oleh anggota masyarakat secara kerjasama dan tolong menolong dalam menyelesaikan pekerjaan mahupun masalah dengan sukarela tanpa adanya balasan. Sikap gotong royong ini telah melekat pada diri masyarakat pedesaan dan merupakan kebiasaan turun temurun dari nenek moyang. Sikap gotong royong ini sangat berperanan untuk memperlancarkan pembangunan yang berguna bagi kesejahteraan masyarakat. Gotong royong dalam usaha meningkatkan produksi perlu digalakkan dan hasilnya digunakan untuk pembangunan desa. 

No comments:

Post a Comment