Masyarakat perlu sedar bahawa dengan melakukan amalan ini hubungan silaturahim antara masyarakat semakin utuh dengan sebab itu semua pihak perlu mengambil langkah untuk menjayakan dan membwa amalan ini ke dalam diri setiap masyarakat tetapi bagi menjayakan amalan ini pelbagai cabaran perlu dihadapi. Antara cabarannya adalah kehidupan masyarakat yang sibuk berkerjaya dan masyarakat pada hari ini lebih moden berbanding dahulu seiring dengan peredaran zaman tanpa menghiraukan perkara-perkara di sekeliling mereka.
Selain itu, masyarakat yang tinggal di kota metropolitan seperti Kuala Lumpur kebanyakkanya kurang mengenali dan merapatkan hubungan siratulrahim bersama jiran-jiran yang berbilang kaum.
Seterusnya amalan gotong-royong tidak mendapat sambutan daripada masyarakat kerana masing-masing sibuk dengan kehidupan tersendiri dan terutamanya bagi golongan muda sekarang yang semakin suka menghabiskan masa di rumah bersama permainan video games daripada melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dapat merapatkan siratulrahim di antara pelbagai kaum seperti amalan bergotong royong.
- SEBAB-SEBAB AMALAN GOTONG-ROYONG SEMAKIN PUDAR
Malas
Alasan ini merupakan alasan klasik, namun alasan inilah yang sering muncul di kalangan masyarakat. Rasa malas adalah perasaan yang dimiliki oleh hampir semua orang, oleh sebab itu saat orang merasa malas maka apapun kegiatannya dia merasa enggan untuk bekerjasama
Kesibukan
Tak sedikit orang yang disibukkan dengan pekerjaan mereka, sehingga hampir tak ada waktu untuk kegiatan-kegitan yang bersifat sosial kemasyarakatan. Bahkan, ada orang yang rela mengeluarkan wang untuk membayar orang lain bagi mewakili mereka saat ada gotong royong.
Kurang Bersosialisasi
Ego orang yang besar terkadang membuat orang menjadi kurang bersosialisasi, enggan berbaur dan acuh tak acuh terhadap kegiatan-kegiatan kemasyarakatan.
PUNCA REMAJA KURANG TERLIBAT DALAM AKTIVITI GOTONG-ROYONG
Belakangan ini fenomena golongan remaja amat kurang melibatkan diri dengan aktiviti komuniti seperti gotong-royong yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Kebanyakan golongan dewasa dan yang berumur sahaja yang masih bersedia menyumbangkan masa dan tenaga demi menjayakan program komuniti yang dianjurkan. Pelbagai punca yang menyebabkan golongan remaja kurang melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Antaranya:
- Kekangan masa – remaja hari ini dibelenggu oleh masalah kekangan masa
- Mereka sibuk dengan aktiviti persekolahan (belajar, kokurikulum, tuisyen, kerja rumah, bantu keluarga dll).
- Kurang kesedaran pelajar tentang manfaat gotong-royong.
- Remaja beranggapan bahawa aktiviti gotong-royong membuang masa dan kurang berfaedah.
- Remaja lebih cenderung melakukan aktiviti yang lebih mencabar seperti menyertai kegiatan sukan, mengembara, mendaki dll.
- Sesetengah remaja suka menghabiskan masa mereka dengan kegiatan yang tidak berfaedah seperti melepak, lumba haram, berfoya-foya dll.
Hal ini semua dapat menghilangkan nilai-nilai murni yang sepatutnya kita perolehi dan didik dalam diri setiap insan tanpa mengira usia, bangsa dan agama melalui budaya aktiviti gotong royong diantaranya:
§ Kebersamaan
§ Persatuan
§ Kesatuan
§ Sukarela
§ Sosialisasi
§ Kekeluargaan
Tolong Menolong
No comments:
Post a Comment