Wednesday, 31 January 2018

DUA6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM (TAJUK E-FOLIO BAB 3)






Tajuk: 1. Amalan gotong royong dapat mewujudkan-mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan                  kaum. Bincangkan.

NAMA AHLI KUMPULAN:
                               1. NUR SYAHIRAH BINTI IDRUS (02DMH15F2002)
                               2. NUR HIDAYAH BINTI SHARUL BAHARIN (02DMH15F2003)
                               3. NUR AFIQAH NABIHAH BINTI BARKHIA (02DMH152036)
                               4. IZZATI BINTI AZMI (02DMH15F2004)
                               5. HANNAN RAIHANA BINTI MOHD NOOR (02DMH15F2005)


NAMA PENSYARAH: PUAN WAHIDAH BINTI MAT SAID

PENGENALAN


PENGENALAN AKTIVITI GOTONG-ROYONG
         
              Gotong-royong sebagai aktiviti sosial yang terjadi dalam kehidupan masyarakat, terutama mereka yang membentuk komuniti, kerana semangat gotong-royong seperti ini akan terlihat dengan jelas dalam komuniti. Gotong-royong terjadi dalam beberapa aktiviti kehidupan, seperti gotong-royong dalam bentuk kerja bakti yang dilakukan untuk kepentingan bersama, gotong-royong dalam bentuk tolong menolong pada saat melakukan pesta pernikahan, mahupun aktiviti khatan. Bahkan gotong-royong boleh terjadi pada saat adanya musibah ataupun kematian salah seorang warga komuniti, hal ini tidak dapat disebut kepentingan bersama ataupun kepentingan peribadi tetapi nilai kemanusiaan yang muncul di antara warga masyarakat, kerana malang tidak berbau, sehingga warga yang mendapat musibah tersebut memerlukan bantuan dari warga lainnya. Aktiviti gotong royong ini sebenarnya dapat menjalinkan dan memperkukuhkan semangat kejiranan. Kehidupan masyarakat sekarang kebanyakannya bertunjangkan meterialistik dan individualistik sehingga tidak mempunyai masa untuk mengenali dan berbual-bual dengan jiran masing-masing. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran-jiran tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama akan bersama-sama menjalankan aktiviti yang sama

DEFINISI


           Gotong royong dapat diertikan sebagai sesuatu sikap ataupun kegiatan yang dilakukan oleh anggota masyarakat secara kerjasama dan tolong menolong dalam menyelesaikan pekerjaan mahupun masalah dengan sukarela tanpa adanya balasan. Sikap gotong royong ini telah melekat pada diri masyarakat pedesaan dan merupakan kebiasaan turun temurun dari nenek moyang. Sikap gotong royong ini sangat berperanan untuk memperlancarkan pembangunan yang berguna bagi kesejahteraan masyarakat. Gotong royong dalam usaha meningkatkan produksi perlu digalakkan dan hasilnya digunakan untuk pembangunan desa. 

GOTONG ROYONG MENGERATKAN HUBUNGAN ANTARA KAUM

Malaysia merupakan salah satu Negara yang berbilang kaum yang dapat menjalani hidup dengan aman dan harmoni. Antara tiga kaum yang utama di Malaysia Melayu, Cina dan India telahpun menetap di tanah ini selama 5 abad lamanya. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak kira-kira 80 etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazandusun, Iban dan lain-lain
Gotong royong adalah aktiviti berkumpulan atau bersama-sama secara sukarela. Amalan ini telah diprakltikan dan di warisi sejak zaman berzaman. Tetapi amalan ini kian dilupakan oleh generasi alaf baru yang hanyut dengan keseronokan dan keselesaan yang tiada batasan. Berapa peratus golongan muda yang mengetahui maksud gotong royong  dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.


          
  • KEBAIKAN MENGAMALKAN AMALAN BERGOTONG ROYONG 


                  1.     Amalan gotong-royong atau bekerjasama ini ialah amalan ini mewujudkan semangat positif antara ahli masyarakat terutama untuk memastikan sesuatu tugasan itu mampu dilaksanakan dengan berkesan. Amalan ini memberikan satu semangat kepada masyarakat bahawa tugasan itu walau berat pun akan mampu diselesaikan dengan begitu baik sekali kerana semua pihak menghulurkan bantuan. Keadaan ini menjadikan semua perkara yang dialami oleh masyarakat dapat diatasi dalam masa yang singkat dan mudah sahaja. Jelaslah, amalan ini memberikan satu suntikan baru tentang konsep bekerjasama antara masyarakat terutama di kawasan urbanisasi. 

                  2. Aktiviti gotong-royong juga dapat mewujudkan perpaduan kaum. Perpaduan kaum amat penting di kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Contohnya, dengan mengadakan gotong-royong bagi menjayakan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan, perpaduan masyarakat akan terjalin secara langsung atau secara tidak langsung. Sesungguhnya, dengan wujudnya perpaduan kaum di kalangan rakyat, negara kita akan terus aman dan maju. 

                    3. Bergotong royong juga boleh memperindahkan tempat tinggal dan kawasan persekitaran menjadi bersih. Dengan amalan kemasyarakatan ini, tempat tinggal kita tidak akan menjadi sekadar indah khabar daripada rupa. Amalan gotong royong juga dapat membersihkan kawasan kediaman daripada menjadi sarang pelbagai penyakit seperti aedes. Kegiatan ini amat berfaedah dan mesti diamalkan dan dipupuk sejak kecil kerana meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan menjadikan amalan ini sebagai aktiviti penting dalam kehidupan, kita dapat banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan daripada amalan tersebut. Kita juga dapat mengetahui betapa senangnya untuk menyelesaikan sesuatu kerja dengan tenaga kerja yang ramai. Oleh itu, amalan ini harus diingati dari satu generasi kepada satu generasi. 

  • USAHA-USAHA MEWUJUDKAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA MELALUI AKTIVITI GOTONG ROYONG

Isu perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung bersama-sama oleh semua pihak. Sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat, nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya dan negara amnya. Oleh sebab itu, pelbagai usaha perlu diambil bagi memupuk dan membaja agar perpaduan terus subur dan mewangi dalam kehidupan masyarakat sekali gus mengelakkan peristiwa hitam 13 Mei 1969 daripada berulang kembali.



Antara usaha yang boleh dilakukan bagi mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah dengan mengadakan aktiviti gotong-royong. Aktiviti gotong-royong merupakan saluran dan peluang kepada masyarakat di sesuatu kawasan perumahan untuk bertemu dan mengenali antara satu sama lain. Di samping itu, aktiviti ini dapat memupuk semangat bekerjasama untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman mereka sesuai dengan slogan “Negara Bersih Rakyat Sihat”. Sebagai contoh, aktiviti gotong-royong yang boleh dijalankan ialah kerja-kerja membersihkan kawasan perumahan, taman permainan, tanah perkuburan dan sebagainya. Seterusnya, aktiviti gotong-royong dapat meringankan serta memudahkan kerja yang sukar dilakukan ibarat kata peribahasa yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing serta ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni.

LANGKAH-LANGKAH BAGI MEMUPUK PERPADUAN MELALUI AMALAN GOTONG ROYONG

LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN MELALUI AKTIVITI GOTONG ROYONG

Sejak di bangku sekolah lagi, amalan murni ini diterapkan supaya kerja murni bermasyarakat ini akan terus lestari seiring dengan kemajuan negara. Anak-anak kecil harus dibiasakan bersama-sama masyarakat luar dari rumah mereka agar keberadaan mereka di hargai dan dimanfaatkan oleh masyarakat keseluruhannya dalam usaha melaksanakan sesuatu yang berfaedah demi kesejahteraan umum. Sekolah mahupun institusi pembelajaran sebagai rumah kedua generasi muda wajar menerapkan amalan mulia inin dalam aktiviti-aktiviti sekolah Seperti Hari Guru, Sukan Tahunan Sekolah, Gotong-Royong dan Hari Anugerah Cemerlang.

Para pelajar akan meguruskannya dan para guru hanya bertindak sebagai penasihat melalui kerjasama, setiap insan dari pelbagai kaum melayu, india dan cina itu akan lebih matang tentang hubungan sosialnya selain itu menyelidiki potensi diri secara yang lebih menyakinkan. Badan-badan kerajaan atau sukarelawan harus bergerak lebih maju dan efisien dalam usaha menaikkan semangat gotong-royong kembali. Ceramah, forum, dan kempen kejiranan yang tersusun dan berkala boleh diusahakan sebagai satu inisiatif menyebarkan maklumat yang berguna tentang gotong-royong kepada orang ramai. Lebih elok lagi jika mereka turut bersama-sama masyarakat setempat membantu rancangan mereka.
Contohnya,
1.  Sebuah pertubuhan sukarelawan di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah (UPSI) bekerjasama dengan warga setempat mengutip plastic kaca dan kertas terpakai untuk dikitar semula. Pencapaian badan sukarelawan ini patut diberi pujian.

2. Selain itu, aktiviti gotong-royong bulanan yang dijalankan di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) di setiap jabatan yang disertai oleh semua pelajar POLISAS juga mampu menyemarakkan lagi semangat kerjasama antara pelajar dan tenaga pengajar di POLISAS.

CABARAN UNTUK MEMUPUK SEMANGAT BERGOTONG ROYONG

Masyarakat perlu sedar bahawa dengan melakukan amalan ini hubungan silaturahim antara masyarakat semakin utuh dengan sebab itu semua pihak perlu mengambil langkah untuk menjayakan dan membwa amalan ini ke dalam diri setiap masyarakat tetapi bagi menjayakan amalan ini pelbagai cabaran perlu dihadapi. Antara cabarannya adalah kehidupan masyarakat yang sibuk berkerjaya dan masyarakat pada hari ini lebih moden berbanding dahulu seiring dengan peredaran zaman tanpa menghiraukan perkara-perkara di sekeliling mereka.
Selain itu, masyarakat yang tinggal di kota metropolitan seperti Kuala Lumpur kebanyakkanya kurang mengenali dan merapatkan hubungan siratulrahim bersama jiran-jiran yang berbilang kaum.
Seterusnya amalan gotong-royong tidak mendapat sambutan daripada masyarakat kerana masing-masing sibuk dengan kehidupan tersendiri dan  terutamanya bagi golongan muda sekarang yang semakin suka menghabiskan masa di rumah bersama permainan video games daripada melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dapat merapatkan siratulrahim di antara pelbagai kaum seperti amalan bergotong royong.

  • SEBAB-SEBAB AMALAN GOTONG-ROYONG SEMAKIN PUDAR


 Malas
Alasan ini merupakan alasan klasik, namun alasan inilah yang sering muncul di kalangan masyarakat. Rasa malas adalah perasaan yang dimiliki oleh hampir semua orang, oleh sebab itu saat orang merasa malas maka apapun kegiatannya dia merasa enggan untuk bekerjasama

Kesibukan
Tak sedikit orang yang disibukkan dengan pekerjaan mereka, sehingga hampir tak ada waktu untuk kegiatan-kegitan yang bersifat sosial kemasyarakatan. Bahkan, ada orang yang rela mengeluarkan wang untuk membayar orang lain bagi mewakili mereka saat ada gotong royong.

Kurang Bersosialisasi
Ego orang yang besar terkadang membuat orang menjadi kurang bersosialisasi, enggan berbaur dan acuh tak acuh terhadap kegiatan-kegiatan kemasyarakatan. 

 PUNCA REMAJA KURANG TERLIBAT DALAM AKTIVITI GOTONG-ROYONG
Belakangan ini fenomena golongan remaja amat kurang melibatkan diri dengan aktiviti komuniti seperti gotong-royong yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Kebanyakan golongan dewasa dan yang berumur sahaja yang masih bersedia menyumbangkan masa dan tenaga demi menjayakan program komuniti yang dianjurkan. Pelbagai punca yang menyebabkan golongan remaja kurang melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Antaranya:

  1. Kekangan masa – remaja hari ini dibelenggu oleh masalah kekangan masa
  2.  Mereka sibuk dengan aktiviti persekolahan (belajar, kokurikulum, tuisyen, kerja rumah,            bantu keluarga dll).
  3.   Kurang kesedaran pelajar tentang manfaat gotong-royong.
  4. Remaja beranggapan bahawa aktiviti gotong-royong membuang masa dan kurang            berfaedah.
  5.  Remaja lebih cenderung melakukan aktiviti yang lebih mencabar seperti menyertai                    kegiatan sukan, mengembara, mendaki dll.
  6.  Sesetengah remaja suka menghabiskan masa mereka dengan kegiatan yang tidak                     berfaedah seperti melepak, lumba haram, berfoya-foya dll.

Hal ini semua dapat menghilangkan nilai-nilai murni yang sepatutnya kita perolehi dan didik dalam diri setiap insan tanpa mengira usia, bangsa dan agama melalui budaya aktiviti gotong royong  diantaranya:

§  Kebersamaan
§  Persatuan
§  Kesatuan
§  Sukarela
§  Sosialisasi
§  Kekeluargaan
Tolong Menolong

KESIMPULAN&LAMPIRAN

      
         Kesimpulannya, amalan bergotong-royong ini penting kerana ia memberi banyak nilai-
nilai 
murni dan dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama manusia walaupun berlainan agama
Amalan ini perlu diteruskan kerana ia boleh dikatakan amalan turun temurun sejak zaman dahulu 
lagi,  supaya masyarakat boleh mengekalkan sikap bekerjasama tidak mengira usia, kaum dan agama.
 Lebih-lebih lagi Malaysia yang mempunyai pelbagai jenia aum dan etnik yang hidup bersama sejak
zaman dulu kala lagi. Dengan terjalinnya hubung silaturahim yang erat ini, masyarakat di Negara ini 
lebih aman, lebih mengambil berat antara satu sama lain dan perpaduan juga menjadi lebih kukuh.




      Semoga generasi yang akan datang dapat meneruskan amalan mulia ini supaya ia tidak dilupai dan dapat mengeratkan ukuwah antara manusia. Selain itu, pihak yang berwajib juga boleh memupukan amalan gotong-royong dengan mengadakan kempen dan iklankan di televisyen atau surat khabar untuk menarik minat dan perhatian masyarakat. Masyarakat juga perlu sentiasa menyokong segala program yang diaturkan supaya ia boleh dilaksanakan dengan jayanya.